Keluarga tahu Reedzwann pergi jemput Humairah di Pulau Pinang, cuba tunai permintaan terakhir arwah

MASIH bersedih dan trauma, penyanyi Reedzwann terpaksa berdepan pelbagai kecaman apabila ramai mempertikaikan dia berdua-duaan dengan rakan wanita ketika terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pagi Sabtu.

Reedzwann menjelaskan dia menjemput rakannya iaitu Nuraisyatul Humairah di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang sekitar 10 malam namun tidak segera pulang ke Kuala Lumpur.

Sebaliknya, mereka singgah ke rumah ibunya di Bayan Lepas, Pula Pinang untuk berehat sebelum bergerak ke Puchong, Selangor sekitar pukul 3 pagi.

Reedzwann sebak ketika majlis pengebumian Allahyarham Humairah.

“Saya menjemput Humairah di kolej kediamannya sekitar 10 malam selepas saya selesai mengambil cenderamata yang saya tempah untuk diberikan kepada peminat.

“Memandangkan waktu sudah lewat kami singgah ke rumah ibu saya untuk berehat dan sekitar pukul 3 pagi baru kami bergerak ke Kuala Lumpur untuk menghantarnya ke Puchong.

“Saya pilih bergerak awal sebab keadaan jalan raya lenggang dan boleh tiba lebih awal,’ katanya.

Jelas Reedzwann lagi, ibu bapa Allahyarham juga sudah dimaklumkan Humairah akan pulang bersamanya dan mereka memberi keizinan.

“Arwah memang tak mahu naik bas atau kapal terbang untuk pulang dan ibu bapanya tahu dia akan balik bersama saya.

“Tiada ibu bapa yang mahu membenarkan anak mereka menumpang orang tidak dikenali,” jelasnya.

Dalam pada itu, Reedzwan memberitahu dia masih berada dalam keadaan tidak percava dan sukar menerima kenyataan dengan apa yang berlaku.

Insya-Allah saya akan jaga keluarga angkat saya sehingga nafas terakhir saya.

REEDZWAN

PENYANYI

Apatah lagi dia adalah individu terakhir bersama Humairah yang terkorban ketika mereka terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya

Bagaimanapun katanya, keluarga Allahyarham reda dengan pemergian Humairah dan sangat tabah berdepan ujian berat ini.

“Saya orang terakhir bersama arwah ketika dia masih hidup tapi ibu dan ayahnva reda dengan apa yang terjadi.

“Sebak hati saya sebagai anak angkat mereka, saya tak boleh terima kenyataan dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Reedzwann akan jaga keluarga angkatnya sehingga akhir hayat.

Reedzwann memberitahu arwah pernah berpesan untuk menjaga keluarganya sekiranya dia tidak bersama di sisi keluarga.

Penyanyi lagu Tercipta Satu Senyuman itu juga berjanji akan melaksanakan pesanan itu sehingga ke akhir hayatnya.

“Ayat terakhir arwah dia minta saya jaga ibu dan bapanya jika dia berjauhan daripada mereka.

“Arwah memang seorang anak yang baik dan taat. Insya-Allah saya akan jaga keluarga angkat saya sehingga nafas terakhir saya,” katanya.

Kereta dipandu Reedzwann remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori.

Pada pagi Sabtu, kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 24, berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak.

Akibat kejadian itu, Humairah atau Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, maut di tempat keiadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Reedzwann bersama manga sedang dalam perjalanan dari Jelutong, Pula Pinang menuju ke Puchong, Selangor.

Kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Aka Pengangkutan Jalan 1987.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*