MANGSA yang terkorban dalam nahas jalan raya bersama Reedzwann pada Sabtu bukan adik kandung penyanyi berkenaan seperti disangka sesetengah pihak.
Jelas Reedzwann atau Muhammad Khairol Ridhuan Khairol Husni, 24, hubungannya dengan mangsa iaitu Allahyarham Nuraisyatul Humairah Mohd Radzi, 20, adalah rakan baik yang sudah dianggap seperti adik sendiri.
“Saya hendak maklumkan dia (Humairah) seorang yang saya anggap seperti adik sendiri dan kami sudah berkawan sejak zaman sekolah,” katanya.
Reedzwann trauma selepas alami kemalangan jalan raya.
Reedzwann berkongsi perkara itu ketika ditemui sejurus selesai pengebumian
Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor pada petang Sabtu.
Bercerita mengenai kejadian, Reedzwann masih dalam keadaan trauma apabila mengimbau kembali kejadian tersebut.
Bagaimanapun, buat masa ini dia tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan inside tersebut bagi mengelak menggangu siasatan pihak berkuasa.
“Peguam minta jangan keluarkan apa-apa kenyataan buat masa ini tapi memang benar berlanggar dengan sebuah lori.
“Saya masih trauma dan terngiang-ngiang dengan apa saya nampak.
“Masih terbayang-bayang waktu kejadian… la berlaku di luar jangkaan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Reedzwann memberitahu keadaan arwah dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kesan luka teruk walaupun kereta remuk.
Saya mash trauma dan terngiang-ngiang dengan apa sava nampak
REEDZWANN
PENYANVI
Bersyukur urusan pengebumian berjalan lancar, Reedzwann menyifatkan pemergian Allahyarham kehilangan besar buatnya kerana Humairah penyokong terbesarnya.
“Arwah dalam keadaan sempurna malah ibu saya yang datang membantu ketika proses mengkhafankan jenazah beritahu dia seperti tidur dan cuma ada luka-luka ringan sahaja.
“Saya kehilangan orang yang selalu menyokong saya dalam industri,” katanya.
Kes kemalangan jalan raya Reedzwann masih dalam siasatan pihak polis.
Akibat kejadian itu, arwah maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, Reedzwann bersama mangsa sedang dalam perjalanan dari Jelutong, Pula Pinang menuju ke Puchong, Selangor.
Kejadian tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: mstar
Leave a Reply