“Sejujurnya, Mengalir Air Mataku..” – Datin Patimah Sedih Kenang Syamsul Yusof Harung Takdir Seorang Diri

Ibu kepada pengarah tersohor Syamsul Yusof, Datin Patimah dilihat memuat naik satu hantaran berbaur kesedihan buat anaknya itu susulan kes perceraian yang berlangsung hari ini.

Tulis Datin Patimah, dia mengalirkan air mata apabila melihat anak sulungnya itu mengharungi takdir hidup seorang diri.

Luahan hati datin patimah

Sejujurnya mengalir air mata ku melihat anakku megharungi takdir hidupnya seorang diri. Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar dipermudahkan urusan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik oleh Syamsul terhadap Ira ketika kedua mereka bergelar suami isteri.

Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini di mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.

Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapat bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.

Perkara itu berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos).

Kedua-duanya berkahwin di Selatan Thailand pada tanggal 6 Januari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*