Isteri pertama kepada pempengaruh abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Berhabis RM30K untuk rawatan IVF
Menerusi sesi siaran langsung di TikTo baru-baru ini, Nurmajdina mendedahkan telah menghabiskan lebih daripada RM30,000 sepanjang dua kali hmelakukan rawatan IVF.
Pembedahan untuk pemindahan dah dua kali, kos dia mahal. Saya rasa lebih RM30,000.
Kali pertama IVF tu tak jadi, kali kedua jadi tapi tak lama.
Apabila ditanya netizen berapa lama dia dan suami telah berusaha untuk mendapatkan zuriat, Majdina berkata tahun ini genap 6 tahun dia menjadi pejuang garis dua atau TTC (trying to conceive).
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya terutamanya para wanita bergelar ibu tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Majdina agar terus sabar dalam menanti kehadiran cahaya mata.
Mereka turut menitipkan doa agar urusan Marjdina dipermudahkan
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply