Sedia maklum, wanita warga India yang terjatuh di dalam tanah jerlus sedalam 8 meter di Jalan Masjid India, 23 Ogos lalu masih belum dijumpai.
Susulan sudah beberapa hari tidak dijumpai, keluarga mangsa yang hilang itu terpaksa menerima hakikat perit bahawa wanita terbabit tidak dapat diselamatkan.
Difahamkan, sebelum berangkat pulang ke India, suami, anak lelaki dan adik perempuan mangsa dilihat berada di lokasi kejadian untuk kali terakhir bagi melakukan upacara keagamaan.
Mereka telah menyalakan lampu minyak dan membunyikan loceng sebagai ritual Hindu, malah mereka turut dilihat mengambil segumpal tanah dan memasukkannya ke dalam plastik, mungkin untuk dibawa pulang ke India.
Untuk info ramai, keluarga mangsa yang bernama Vijaya Laksmi Goli, 48 itu berangkat pulang ke negara mereka pada jam 5 petang tadi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : beautifulnaara
Leave a Reply