Sebelum ini, nama pendakwah selebriti, Da’i Syed dan isteri, Hana Ismail menjadi bualan ramai di platform media sosial selepas tular satu video pasangan itu menyampaikan ‘mesej’ buat mangsa yang difahamkan alami kemurungan selepas dirogol.
Kena tegur dengan baik mereka bergelar Syed dan Syarifah
Terbaru, nama pasangan itu sekali menjadi perhatian selepas tular keratan klip live TikTok yang memaparkan Hana beri pandangan mengenai mereka yang bergelar Syed dan Syarifah.
Kata Hana dalam live tersebut, orang ramai sepatutnya menegur mereka yang berkenaan secara baik jika ‘tersasar’ melakukan kesilapan.
Kita ni semua umat Rasullullah, umat nabi Muhammad SAW.
Tegur dan sayanglah pada semua manusia bukan kepada yang berketurunan Syed dan Syarifah sahaja. pic.twitter.com/HLCB2qQIBd
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) August 31, 2024
Undang rasa kurang senang
Menurutnya lagi, seseorang yang bergelar Syed serta Syarifah ini perlu ditegur dengan baik kerana mereka mempunyai darah keturunan Nabi Muhammad SAW.
Tetap sayangkan mereka sebab ada mengalirnya darah Nabi Muhammad. Sebagai contoh, mereka itu menguji kita dan mungkin kita ada isu dengan mereka, tetap sayang dan doakan mereka supaya kembali kepada jalan yang benar.
Susulan video itu dimuat naik semula oleh seorang pengguna di platform X, rata-rata netizen berasa berang dengan kenyataan personaliti TV itu dan berpendapat, seseorang itu perlu ditegur dengan baik biarpun bukan keturuan Syed atau Syarifah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : X
Leave a Reply