BERGAJI besar belum tentu menjamin kebahagiaan.
Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang memperoleh pendapatan bulanan sehingga lima angka.
Dengan gaji lumayan hasil titik peluh sendiri itu, dia mengakui bersyukur dan gembira kerana dapat memiliki kereta dan rumah baharu.
“Pendapatan aku lima angka setiap bulan. Minggu lepas aku baru keluar Honda HRV baharu.
“Aku gembiralah sebab kunci rumah pun bulan depan nak dapat, katanya menerusi satu luahan di laman X.
Membuat pengeluaran wang bagi membantu keluarga. -Gambar hiasan
Namun kegembiraannya tidak berpanjangan tatkala dia membuka cerita tentang perihal keluarganya.
“Tapi mak ayah aku buat sedih pula sebab abang aku tak ada semua yang aku ada. Ayah aku minta belikan kereta kat abang aku.
“Pening aku, bukan aku tak nak bagi. Tapi kalau termasuk kereta lama aku, dah tujuh buah dia pakai. Daripada bujang sampai beranak-pinak dia tak reti nak jaga.
“Hancur sampai total loss, tak ada nilai semua kereta tu. Sedih aku tengok, ujarnya yang merupakan ibu tunggal anak satu.
Abangnya sering menimbulkan masalah.-Gambar hiasan
Namun mengenangkan permintaan bapanya untuk membelikan sebuah kereta baharu buat abangnya, ia membuatkan dia tidak tenang dan sentiasa resah gelisah.
Lebih memburukkan keadaan, dia juga sukar untuk tidur kerana terlalu memikirkan perkara tersebut sehingga buntu untuk membuat keputusan yang tepat.
Anak jantan jadi biawak hidup, anak perempuan kena korban macam-macam.
WARGA MAYA
“Tak boleh nak tidur, pening fikir. Macam dosa je… nak gembira tapi abang pula tak bersyukur.
“Kalau beli dan tak jaga, aku juga kena. Tak beli pun mak ayah dok buat sedih. Akhirnya aku beli juga.
“Moga kali ini abang aku jaga elok-elok.
Lepas aku dah pindah rumah nanti, aku tak nak dah fikir. Aku stres,” luahnya lagi.
Wanita tertekan selepas dipaksa bapa untuk membelikan kereta buat abangnya. -Gambar hiasan
Menerusi ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya terkejut dengan situasi yang menimpa wanita itu.
Kebanyakan mereka berpendapat bahawa si abang sepatutnya berdikari, bukannya mengharapkan kesenangan daripada adik sendiri.
“Apa punya bala ada abang mengharap duit adik.
“Anak jantan jadi biawak hidup dan mak ayah enabler sampai mati are real sis. Anak perempuan kena korban macam-macam. Lari la sis, lari jauh-jauh jaga diri dan anak sendiri.
“Lepas ni rahsiakan pendapatan. Kalau mak ayah suruh belikan apa-apa untuk abang, beritahu je awak tak mampu nak tanggung dengan komitmen yang ada. Lagipun awak ibu tunggal, sepatutnya abang yang bantu, ini terbalik pula,” demikian antara komen warga maya.
Sumber: mstar
Leave a Reply