“Gantung Saya Jika Anda Mahu” – Suspek Utama Kes Rog*l Dr. Moumita Cabar Pihak Polis, DNA Ditemui Di Kuku Mangsa

Tular sebelum ini mengenai tragedi menimpa Dr Moumita di India di mana doktor wanita itu dirogol sebelum dibunuh dipercayai secara beramai-ramai di sebuah hospital.

Perkembangan terkini, suspek utama pembunuhan tersebut telah pun ditangkap setelah hasil pemeriksaan mendapati DNA lelaki itu ditemui di kuku mendiang Moumita.

Difahamkan, suspek yang dikenali sebagai Sanjay itu berada berdekatan dan dipercayai sudah mengikuti mangsa sehari sebelum kejadian jenayah itu berlaku.

Sewaktu siasatan dilakukan, Sanjay ada bercerita mengenai adegan jenayah secara terperinci tanpa penyesalan atas apa yang dibuat.

Malah, lelaki itu juga didakwa pernah mencabar pihak polis dengan kata-kata ‘gantung saya jika anda mahu’ setelah ‘earphone’ milik lelaki itu dijumpai di tubuh Dr Moumita.

Dalam pada itu, ibu mentua kepada Sanjay juga mendedahkan bahawa menantunya itu pernah melakukan penderaan terhadap isteri namun menganggap lelaki itu tidak mampu melakukan jenayah itu seorang diri.

Dr Moumita

Suspek utama pembunuhan Dr Moumita

“Gantung dia atau buat apa saja yang anda (polis) nak. Saya tak akan bercakap mengenai jenayah itu” kata ibu mentua Sanjay.

Terdahulu, Dr Moumita Debnath yang merupakan doktor pelatih telah dirogol dan dibunuh di kolej perubatan bandar Kolkata.

Pembunuhan kejam itu telah mencetuskan protes di beberapa bandar dan serangan di kampus sebuah kolej perubatan gara-gara tindakan kejam pembunuh serta campur tangan politik. – Astro Ulagam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*