Disangka Sudah Berbaik Dengan Marissa Dania, Ini Jawapan Umisya – ‘Jadi Manusia Yang Ada Ihsan, Hati Perut’

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap segelintir individu yang melemparkan fitnah terhadap dirinya.

Respons Umisya

Menerusi hantaran di Instagram Story, Umisya berkongsi mesej yang dikirimkan oleh seorang individu kepadanya. Individu terbabit seakan kurang senang dengan hubungan yang terjalin antara Umisya dan madunya, Marissa Dania selain menyokong keputusan Aslam yang berkahwin dua.

Punya penat netizen backup tapi last-last baik juga dengan orang tu. Takpe lah, memang patut diduakan. Aslam pun lagi sayangkan Marissa sebab tu kahwin juga diam-diam.

Tak perlu mengadu and repost video sedih-sedih sebab Misya pun suka ada madu kan. Semoga jodoh Aslam dan Marissa sampai ke syurga.

Susulan daripada itu, Umisya tampil bersuara dan menjelaskan bahawa setiap manusia di muka bumi ini perlu memiliki sifat ihsan dalam diri. Malah adalah lumrah kehidupan manusia untuk bersimpati dengan musibah yang dilalui seseorang individu.

Macam-macam spekulasi manusia ni ya, pening kepala. Dah tak reti bezakan musibah dan lain-kain. Satu yang Misya selalu terapkan dalam fikiran, jangan pernah menyesal jadi terlalu baik, kerana hadiahmu bukan pada manusia, tapi Allah.

Jadi manusia, jadilah manusia yang ada ihsan, yang berhati perut sesama manusia.

Sebelum ini, media melaporkan bayi sulung Marissa Dania dan Aslam disahkan meninggal dunia selepas dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungannya berusia enam bulan.

Terdahulu, ketika diundang ke majlis pelancaran sebuah produk pasangan terbabit tetap mengunci mulut ketika diminta mengesahkan khabar Marissa hamil.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: IG Umisya

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*