Yusof Haslam ‘No Comment’ Isu Syamsul Didakwa Ceraikan Ira Kazar – ‘Kami Dah Lama Lost Contact’

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai dakwaan anaknya, Syamsul Yusof yang dikatakan sudah pun memfailkan penceraian terhadap isteri, Ira Kazar.

Dah lama tak berhubung

Ketika dihubungi!, Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam berkata dia enggan mengulas memandangkan dia sudah lama tidak berhubung dengan anak keduanya itu.

Saya tak boleh beri sebarang komen sebab saya tak tahu-menahu mengenai hal ini.

Kita (Yusof dan isteri) dah terputus hubungan dengan dia pun dah berapa lama dah.

Dia pun lama tak balik jadi kami tak tahu (mengenai hal itu).

Saya dan isteri memang tak boleh beri komen apa-apa pun.

Terdahulu, pengarah terkenal Syamsul Yusof didakwa memfailkan perceraian dengan isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

Imbas kembali, timbulnya khabar angin mengenai perceraian pasangan ini pada Oktober lalu. Walau bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : oh bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*