Ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafiza sekali lagi bersuara tentang pihak-pihak yang sering mengeluarkan kenyataan dan berita fitnah tentangnya dan keluarga.
Menerusi Instagram story, Hafiza memuat naik tangkap layar gambar yang memaparkan berita yang katanya adalah fitnah semata-mata.
Ramai yang sokong Bella. korang dapat duit ke dari Bella tu? Ingat Bella cantik sangat ke? Korang sokong betul’ – Siti Hafiza Aziz, tulis berita tersebut.
Tidak berdiam diri, Hafiza sekali lagi tampil mempertahankan dirinya dan berkata dia yakin tidak semua orang akan percaya dengan kenyataan fitnah itu.
Alhamdulillah, teruskanlah dengan fitnah-fitnah selagi anda boleh dan mampu. Kami sudah lama ‘move on with our lives’ dan lebih mengutamakan kehidupan kami dari mengambil tahu tentang orang lain. Insya-Allah, Allah akan uruskan selebihnya. Amin.
Hafiza turut akui berasa syukur kerana mendapat pahala daripada mereka yang gigih menyebarkan fitnah dan menceritakan perkara tidak benar tentangnya dan keluarga.
Sebelum ini, Hafiza pernah bersuara untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang keterlaluan namun masih terdapat segelintir pengguna media sosial yang menabur fitnah terhadapnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : beautifulnaara
Leave a Reply