Polis Temui Rakaman CCTV Terbaru Kelibat Nidza Afham Berdekatan Jasadnya Yang Ditemui.

SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bangunan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memamparkan kelibat penyanyi Allahyarham Nidza Afham sebelum mayatnya ditemui di Sungai Klang pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang memberitahu rakaman berkenaan bagaimanapun tidak menunjukkan perkara sebenar yang berlaku sehingga membawa kepada kematian Nidza.

“Semakan rakaman CCTV itu, memaparkan arwah sedang berjalan dan menunjukkan dia sedang berjalan berseorangan menuju ke arah jambatan.

2858435

Mayat Nidza ditemui di sungai Klang.

“Bagaimanapun rakaman itu tidak nampak sehingga ke lokasi terakhir yang arwah dikatakan berada, jadi ia tidak melihatkan apa yang berlaku kepada arwah,” katanya.

Hussein melakukan tinjaun ke sekitar Jambatan Kota dekat Sungai Klang pada Jumaat di mana lokasi mayat Nidza ditemukan selepas hampir 24 jam hilang.

Tambahnya lawatan berkenaan merupakan salah satu siasatan kematian selain mengenal pasti sama ada Nidza pernah mengalami sebarang masalah kesihatan mental.

“Lawatan saya ke lokasi berkenaan menjurus kepada beberapa perkara yang perlu disiasat melibatkan sebarang unsur jenayah berlaku, masalah peribadi serta mental.

“Kita akan siasat sama ada arwah ada mengalami masalah dari segi keadaan mentalnya, atau dia ada gangguan serta pernah dapatkan sebarang rawatan mental sebelum ini,” ujarnya.

Dalam masa sama Hussein juga mengesahkan seramai lapan individu telah dipanggil bagi memberi keterangan bagi tujuan siasatan.

553 (54)

Suasana pilu semasa hari pengebumian arwah.

Allahyarham Nidza atau Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, dilaporkan hilang sejak malam Selesa selepas keluar melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Suleiman, Klang.

Ibu kepada Allahyarham kemudian menemukan telefon bimbit dan dompet di Sungai Klang selepas mengesan kawasan merupakan merupakan lokasi terakhir Nidza berada.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Shah Alam pada petang Khamis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: MStar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*