“Hari-Hari Terlintas Nak Buka Tudung, Makan Daging Khinzir, Minum Arak Tapi Iman Saya..” – Maryam Durian Kimchi

Melalui Hib Glam, pempengaruh media sosial yang dikenali ramai iaitu Maryam Durian Kimchi berkata tidak mudah untuk kekal istiqamah dalam usaha untuk menjadi Muslimah yang sempurna.

Terlintas kembali ke imej lama

Kata Maryam atau nama sebenar, Maryam Younarae, keinginannya untuk kembali ke imej lama masih membuak-buak hingga ke hari ini tetapi perasaan itu cuba dilawan sebaik mungkin.

Sejujurnya hari-hari terlintas dalam fikiran untuk buka tudung tetapi iman saya setakat ini lebih kuat. Bukannya tak teringin mahu makan daging khinzir, mahu minum alkohol (arak), hari-hari perkara itu terlintas sahaja.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Belajar agama sendiri

Dalam pada itu, apabila ditanya sama ada suaminya, Rizal Durian Kimchi bantu dalam mendalami Islam, influencer itu mengatakan dia ikhlas untuk belajar sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Biarlah saya istiqamah kerana diri sendiri dan atas kerelaan diri bukannya sebab ikut cakap orang.

Sebelum ini, Maryam telah memeluk agama Islam selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Imam Masjid Itaewon, Seoul pada tahun 2019.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*