“Saya dihimpit secara agresif dengan sengaja” – Azizulhasni

Jaguh berbasikal trek negara, Dato Azizulhasni Awang mengejutkan peminat sukan tanah air apabila tersingkir seawal saringan pertama acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 semalam.

Penyingkiran itu menyebabkan impian pelumba yang berusia 36 tahun untuk mengenggam pingat emas tidak kesampaian sekaligus menjadi bualan pelbagai pihak.

Menurut Azizulhasni pada ketika itu dia juga hampir terjatuh.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

“Ketika melepasi selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan dari pelumba France (Perancis).

“Himpitan itu terlalu aggressive dan bagi saya ia adalah intentionally aggressive (agresif dengan sengaja) kerana melanggar saya dan saya hampir terjatuh.

“Saya terselamat daripada jatuh kerana quick reaction (tindakan pantas) dan good handling skill (cara pengendalian baik) yang saya ada,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada pagi Ahad.

Penjelasan yang dibuat Azizulhasni atau dikenali dengan gelaran ‘The Pocket Rocket Man’ itu selepas penyertaannya ketika saringan pertama acara keirin Sukan Olimpik 2024 di Paris dibatalkan.

Kata pelumba berusia 36 tahun itu, pelumba Perancis berkenaan masih mengekori rapat di sebelah dan cuba memberi himpitan kedua menyebabkan Azizulhasni bergerak ke hadapan untuk mengelak.

“Sebagai seorang pelumba Keirin yang elite, kita tahu speed (kelajuan) untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap (pusingan) terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50 hingga 55km/h (kilometer per jam).

“Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.

“Saya yang tengah bergolak dengan pelumba France itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut dan cuba back pedal sebagai cara untuk breaking akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang dinginkan.

“Berdasarkan peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong sebelum pacer keluar di pursuit line iaitu line halus di tengah front stretch (bukannya starting line),” jelasnya lagi.

LINK VIDEO DIBAWAH

FullSizeRender

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*