Bayi 15 bulan m4vt, motosikal dinaiki enam budak terbabas ke tali air

BACHOK: Tindakan seorang budak 12 tahun menunggang motosikal roda tiga sambil menumpangkan lima budak lain untuk bersiar-siar sekitar Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah petang semalam, berakhir tragedi apabila bayi 15 bulan maut selepas tercampak ke tali air.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 7.20 malam tadi.

Siasatan mendapati nahas berlaku apabila seorang budak lelaki 12 tahun membawa lima lagi budak membonceng motosikal roda tiga menghala ke rumah melalui jambatan Kampung Tok Belian.

“Apabila tiba kawasan tali air terbabit, motosikal roda tiga itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan mangsa yang dipercayai dipegang abang kandungnya berusia lapan tahun, tercampak ke tali air.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan bantuan Pasukan Bomba Balai Bomba Bachok untuk mengesan mangsa sebelum ditemui pada 8.10 malam, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa ditemui di dasar tali air kira-kira empat meter dari lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa meninggal akibat lemas,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Ismail berkata, semakan pihaknya juga mendapati cukai jalan dan insurans motosikal berkenaan sudah tamat tempoh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau turut menasihatkan semua ibu bapa memantau pergerakan anak-anak dan tidak membenarkan anak- anak berusia di bawah 18 tahun menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

“Sekiranya perkara yang sama terjadi, ibu bapa boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 akibat kecuaian,” katanya.

Sumber Lain Mengatakan…

BACHOK – Polis merekod keterangan seorang budak lelaki menunggang motosikal roda tiga yang terjatuh ke dalam tali air sehingga menyebabkan sepupunya berusia 16 bulan mati lemas di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun itu sudah diambil keterangan oleh Pegawai Penyiasat Trafik di Ibu Peiabat Polis Daerah Bachok di sini malam tadi.

“Siasatan mendapati, budak lelaki itu menunggang motosikal roda tiga jenis Suzuki RC110S dan membonceng enam lagi kanak-kanak. Motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan sehingga menyebabkan bayi terbabit yang dipegang oleh abangnya berusia 8 tahun tercampak ke dalam tali air.

“Mangsa ditemui di dasar sungai oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Bachok kira-kira pukul 8.10 malam sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk dibedah siasat. Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, semakan mendapati cukai jalan motosikal terbabit sudah tamat tempoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)Akta Kanak-kanak 2001 selain Seksyen 41 (1) Aka Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang bayi perempuan berusia 16 bulan maut selepas motosikal roda tiga ditunggang bapa sepupunya yang berusia 12 tahun terjatuh ke dalam tali air sedalam tiga meter semasa bersiar-siar petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Mariam Afeeya Abdul Hakim meninggal dunia di lokasi kejadian kerana lemas di dasar anak sungai sebelum diselamatkan anggota bomba. – KOSMO! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*