“Hingga Hari Ini Tiada Kata Maaf Dari Anda Sekeluarga, Buat Video Sarkastik” – Bella Astillah Beri ‘Surat Terbuka’ Untuk Ibu Aliff Aziz

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini telah membuat satu hantaran balas untuk ditujukan kepada bekas ibu mentuanya.

Kecewa dengan sikap mak mentua

Dalam hantaran di Instagram milik @bellaastillah, dia telah meluahkan rasa kecewa dengan sikap bekas ibu mentuanya yang telah masuk campur dalam hal keluarganya.

Sudah lama Bella berdiam diri selepas kisah di antara dia dan bekas suaminya, Aliff Aziz, namun dikatakan ibu mentuanya sering memerlinya di Instagram.

Saya bersabar setiap hari. Kamu sindir saya setiap hari walaupun kamu cakap itu adalah posting general tapi rakyat Malaysia cukup bijak even mereka sendiri tahu itu semua untuk saya. Saya telan semuanya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Dalam hantaran tersebut, Bella juga telah menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalang Aliff untuk berjumpa dengan anak-anaknya walaupun mereka sudah bercerai.

Aliff dan keluarga tak mohon maaf

Walau bagaimanapun, tersimpan rasa kecewa dalam dirinya apabila mengetahui tentang perbualan di antara Aliff Aziz dan Ruhainies yang cuba untuk menjatuhkannya.

Tapi itu sebelum saya dapat tahu AA dan R merancang untuk menjatuhkan saya, mengutuk saya dan menyebarkan aib saya. Ingat saya ini tak ada perasaan?

Apa yang lebih mengecewakan, apabila Bella mendakwa bekas ibu mentuanya itu telah membuang nombor telefonnya dari goup Whatsapp keluarga, tanpa memberi Bella peluang untuk menjelaskan apa-apa.

Difahamkan juga, sehingga kini keluarga Aliff tidak pernah memohon maaf kepada beliau, malah mereka memerli Bella dengan membuat video-video sakarstik di media sosial.

ibu aliff aziz kongsi hukum pisahkan anak anak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*