Seorang wanita berusia 32 tahun melalui detik-detik mendebarkan apabila ditolak masuk ke dalam sebuah gaung terletak di lebuh raya Gerik, Perak setelah melalui pertengkaran dengan suaminya.
Selama berjam-jam dalam keadaan tulang belakang dan rusuk retak, dia berusaha merangkak semula ke atas sebelum dijumpai oleh orang awam kira-kira 9 jam selepas itu.
Majistret Savinder Singh membenarkan permohonan perintah reman lelaki berusia 39 tahun itu sehingga Isnin depan (12 Ogos).
Permohonan reman itu diluluskan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Suspek tiba di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa dengan memakai kemeja-T lengan panjang, diiringi pegawai dan anggota polis pada 8.50 pagi, seperti dilaporkan Sinar Harian.
Difahamkan, suspek yang sebelum ini ditahan di ibu pejabat polis daerah Baling di Kedah pada Rabu lalu direman enam hari untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana didakwa mencederakan abangnya.
Suspek ditahan semula oleh IPD Gerik selepas tempoh remannya tamat pada Isnin.
Sebelum ini, media melaporkan suspek ditahan polis kerana didakwa menyerang, mencekik dan menolak isterinya ke dalam gaung berikutan pertengkaran mulut.
Mangsa berusia 32 tahun terjatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter dan berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak ke tepi jalan, di mana dia ditemui orang awam kira-kira pukul 2 petang.
Akibat kejadian itu, mangsa difahamkan mengalami kecederaan di pinggang dan telah menerima rawatan di Hospital Taiping.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar
Leave a Reply