“Tak Tunjuk Tanda Sakit” – Isteri Jay Jay Cerita Detik Sebelum Pemergian Suami

ISTERI kepada Allahyarham penyanyi Jay Jay iaitu Zaitoon Wahid dan keluarga berlapang dada menerima takdir pemergian suami tercinta pada malam Ahad.

Menurut Zaitoon, 61, arwah mula mengalami pelbagai komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jun lalu.

“Dia pergi dengan tenang selepas apa yang dilalui, dia tidur dan pergi buat selamanya. Selepas pembedahan bypass dibuat pada Jun lalu, dia mula mengalami komplikasi.

jay jay 3

Jay Jay menghembuskan nafas terakhir pada malam Ahad.

“Anak-anak dan adik beradik arwah semuanya ada semasa pemergiannya. Alhamdulillah kami tengok dia pergi dengan baik dan sebelum itu dia tiada pun tunjuk tanda-tanda sakit tapi keadaanya makin teruk selepas raya lalu,” katanya kepada mStar.

Zaitoon berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Al Husna Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor bagi pengurusan jenazah pada pagi Isnin.

Sementara itu, adik kepada Allahyarham iaitu Puan Seri Melor Wati mengakui terasa dengan kehilangan arwah.

Malah menyifatkan arwah sebagai seorang abang yang penyayang.

“Dia memang sangat penyayang, bukan dengan adik beradik sahaja tapi dengan isteri dan anak-anak. Saya sebagai adik amat terasa kehilangan arwah.

“Dia memang sangat pentingkan semangat kekeluargaan,” katanya.

jay jay 2

Keluarga sifatkan Jay Jay seorang yang penyanyang.

Pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN.

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarham meninggalkan empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Subang Jaya, Selangor sebelum solat Zohor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*