Berita sudah meningg4l dunia tidak benar, ibu Aliff Aziz syukur masih diberi peluang hidup

MENERIMA panggilan dan pertanyaan mendakwa dirinya sudah meninggal dunia, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza tampil menjawab kesahihah berita berkenaan.

Menafikan khabar angin itu, Hafiza atau Siti Hafiza Basharahil memberitahu dia masih bernyawa dan diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan.

“Pada insan yang saya hormati yang hubungi saya sebentar tadi untuk memastikan berita ini sahih ataupun tidak.

Hantaran yang dikongsikan Hafiza di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk hidup sehari lagi,” katanya menerusi laman Instagram pada Ahad.

Bersama kapsyen tersebut, Hafiza turut berkongsi paparan skin akaun YouTube menyebarkan berita kematiannya dengan tajuk ‘Kematian ibu Aliff Aziz? Ramai doakan semoga Aliff Aziz tabah dengan dugaan menimpa’.

Video yang dimuat naik sejak 27 Julai lalu itu telah meraih lebih 4,000 tontonan.

Enggan menyimpan dendam terhadap individu yang melemparkan fitnah itu, Hafiza sebaliknya mendoakan agar pelaku berubah suatu hari nanti.

Malah, Hafiza berkata setiap manusia pasti akan mati tanpa mengira waktu namun amalan yang dibawa itu lebih utama.

“Buat mereka yang gemar menabur khabar tidak berasas dan berunsur fitnah kami mendoakan kesejahteraan anda dan semoga Allah limpahkan taufik serta hidayah agar anda berubah kerana Allah.

“Yakin dan pasti kita semua akan kembali pada Allah, cepat atau lambat hanya Allah yang tahu tapi sudahkah kita bersedia untuk bertemu Allah?

“Fikir-fikirkanlah dunia hanya sementara waktu akhirat juga yang kekal selamanya Wallahualam,;ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)


sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*