2 hari ditahan di wad psikiatri, Ejai Aziz derita kemurungan melampau – “Saya bukan gila!”

VOKALIS kumpulan Azzahra Band iaitu Ejai Aziz mendedahkan dia baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas dua hari ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru.

Ejai atau Mohd Azrizal Mohd Aziz, 37, berkata, dia ditahan disebabkan mengalami masalah kemurungan melampau dengan kecenderungan mencederakan diri sendiri.

“Saya baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital selepas ditahan selama dua hari akibat masalah kemurungan.”

Ejai ditahan di wad psikiatri selama dua hari.

“Saya sudah derita kemurungan sejak Februari lalu dan selepas bertemu pakar psikiatri, doktor memberitahu masalah mental yang saya hadapi ada kecenderungan untuk saya mencederakan diri.

“Saya diletakkan di wad orang gila. Saya terkejut sebab saya bukan gila, saya cuma minta nasihat doktor sahaja, katanya.

Ditanya mengenai punca dia mengalami kemurungan melampau, Ejai bagaimanapun menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

Kata Ejai, dia tidak mengalami masalah kewangan sebaliknya rasa terlalu penat untuk meneruskan kehidupan.

“Saya sekarang suka menyendiri tapi bukan sebab masalah kewangan cuma agak sukar untuk saya kongsikan sebab terlalu peribadi.

“Sudah lima bulan saya tidur dalam kereta dengan tingkap tertutup, apa yang saya fikir cuma mati.” jelasnya.

Sementara itu, Ejai berkata, selepas dibenarkan pulang dia tetap meneruskan berjumpa pakar psikiatri bagi merawat masalah kemurungan dihadapi.

Doktor mengesahkan Ejai menghidapi masalah kemurungan.

Ejai berkata, buat masa ini dia mahu memberi fokus kepada rawatan moden selepas cubaan berubat secara tradisional gagal.

“Saya pernah cuba rawatan tradisional, sekarang saya usaha cara moden pula untuk kembali sembuh.” katanva.

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*