Konon Ajak Balik Kampung Di Perak, Suami Didakwa Tolak Isteri Ke Dalam Gaung

Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa menolak isterinya ke dalam gaung dalam kejadian berhampiran KM 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada Sabtu.

Tolak isteri ke dalam gaung?

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, pihaknya telah menerima panggilan mengenai penemuan mangsa yang berusia 32 tahun itu di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa bertindak menyelamatkan diri dengan merangkak naik ke bahu jalan sebelum dijumpai oleh orang awam.

Pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh badan dan kini mangsa menerima rawatan di Hospital Taiping.

Hasil siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai berlaku ketika suspek dan mangsa dalam perjalanan dari ibu kota menuju Perak atas alasan mahu pulang ke kampung, pada Jumaat lalu.

Apabila sudah malam setibanya di suatu tempat, suspek memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau namun mangsa merayu sebelum pertengkaran berlaku di dalam kereta itu sambil suspek mencekik leher mangsa.

Mangsa bertindak terjun daripada kereta tetapi suspek memasukkan isterinya itu semula ke dalam kereta dan terus memecut kereta sehingga tiba di kawasan KM 31.2 JRTB kira-kira jam antara 4 hingga 5 pagi. Setibanya di kawasan itu, berlaku lagi pertengkaran mulut antara mereka.

Suspek kemudiannya menarik mangsa keluar dari kereta dan berlaku pergaduhan serta pergelutan di bahu jalan. Suspek kemudiannya bertindak menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung

Suspek akhirnya berjaya ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Hasil pemeriksaan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Kesalahan Kecil; dan Kanun Keseksaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: Harian Metro

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*