Akaun Instagram Kena God4m Semasa Tunai Umrah, Kak KM Hilang 500,000 Pengikut Di Instagram

Usahawan sensasi, Liana Rosli memberitahu kepada portal hiburan bahawa akaun Instagramnya telah digodam dan hilang sebegitu sahaja tatkala dia sedang menunaikan umrah, baru-baru ini.

Terkilan sebab punca rezeki

Menurut Kak KM, dia menyedari mengenai perkara tersebut ketika berada di Tanah Suci. Ujar Kak KM, foto berada di hadapan kaabah merupakan posting yang terakhir dimuat naik olehnya pada masa itu.

Sebenarnya saya tak ada mood sejak kebelakangan ini. Saya ada Instagram baru sebab yang lama iaitu Liana Rosli kena godam. Saya pergi umrah tak ada dugaan, semua benda dipermudahkan. Sebelum dan selepas semuanya okey. Cuma, dekat Mekah media sosial saya kena godam. Dia punya godam sampai hilang dan tiada terus.

Saya hilang 500,000 pengikut. Itu saya tak ralat sebab saya tak kisah pengikut di media sosial ada berapa. Cuma, saya sedih sebab konten video yang saya buat semua tontonan berjuta-juta. Itu yang saya terkilan. Ramai yang tanya mana Instagram saya dekat live TikTok. Benda tu hilang terus macam itu sahaja.

Tambah Kak KM, dia mempunyai satu lagi akaun Instagram iaitu kakkmsayang. Akaun tersebut telah digunakan bagi tujuan mempromosi produk serta menunjukkan kehidupan harian Kak KM bersama keluarga.

Dengan adanya akaun kakkmsayang ini, saya harap apa yang saya jual di akaun yang lama akan mendapat sambutan di sini juga. Ini punca pendapatan saya. Kehidupan zaman sekarang semua nak pakai duit. Saya ada anak yang masih bersekolah dan belajar, Jadi saya harap Instagram ini akan dapat beri saya rezeki.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Lianarosli Official (@kakkmsayang)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : oh bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*