‘Nak Terasa Buat Apa? Saya Memang Dah Tua’ – Norlia Ghani Tak Malu Jadi TikToker

Sebagai pelakon veteran, Norlia Ghani mengakui bahawa dia perlu bijak mencari inisiatif lain untuk mencari rezeki dan berinteraksi dengan peminat memandangkan lebih setahun tiada tawaran berlakon.

Jangan balas komen

Menerusi temu bual Norlia berkata, dia aktif bermain TikTok sekarang. Meskipun menerima pelbagai kecaman termasuk dikutuk tidak sesuai bergiat aktif di laman sosial itu kerana sudah tua, Norlia bagaimanapun tidak mengendahkan kecaman yang diterima.

Perkara toksik itu biasalah. Saya buat tak tahu saja. Mereka cakap dah tua-tua pun nak main TikTok! Apa mereka komen jangan dibalas, ‘jalan’ saja,”.

Tambah pelakon berusia 76 tahun ini, dia tidak pernah mengambil hati tentang apa yang diperkatakan oleh netizen malah, lebih berfikiran terbuka mengenainya.

Lagipun saya seorang yang berfikiran terbuka, jadi saya tak kisah dan terima sahaja komen netizen.

Disoal mengenai kerjaya seni, Norlia memberitahu sudah setahun dia tidak menerima tawaran berlakon.

Setahun juga tiada tawaran berlakon, mungkin faktor usia dan ramai pelakon lain lebih layak. Ada juga kawan-kawan dah mula lupakan saya tetapi saya anggap itu lumrah kehidupan.

Saya tak kecil hati dan anggap itu semua bukan rezeki saya. Jadi tiadalah perasaan nak marah atau berdendam dengan orang lain.

VIDEO

@norliaghani

♬ original sound – Norlia Ghani – Norlia Ghani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : oh bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*