Bertemu manusia ‘tak guna’ antara dugaan Shila Amzah, Ubai jodoh tepat pada waktunya

SEBELUM bertemu jodoh dengan pempengaruh media sosial iaitu Ubai, penyanyi Shila Amzah memberitahu pernah berjumpa dengan pelbagai manusia yang disifatkan sebagai tidak guna.

Tiada sebarang penyesalan, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, sebaliknya menyifatkan pengalaman hidup sebelum ini banyak mengajarnya menjadi manusia lebih baik dan matang.

Malah Shila meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan Ubai yang disifatkan sebagai jodoh yang tepat pada waktunya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Ahad.

“Saya terpaksa tempuh macam-macam cabaran hidup. Berjumpa dengan manusia ‘tak guna’ sebelum bertemu dengan Ubai.

“Syukur Alhamdulillah atas pengalaman yang mendewasakan ini. Jika itulah (cabaran) yang saya kena hadap untuk jadikan diri saya sekarang, saya langsung tak menyesal, katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di InstaStory ketika menjawab solan dari pengikut pada Ahad.

Dalam pada itu, Shila secara berseloron berharap dapat bertemu Ubai atau atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, lebih awal namun kerana jarak usia mereka yang agak jauh tidak memungkinkan perkara itu.

“Saya pernah berharap dapat jumpa dia lebih awal tapi Ubai lapan tahun lebih muda daripada saya

“Awal sangat pun tak boleh! Masa saya di China pada 2013, dia baru masuk sekolah menengah!,” katanya.

Sementara itu, Shila turut sempat mengingatkan yang setiap ujian yang datang pasti akan ada hikmah di sebaliknva.

“Siapa yang tengah melalui liku-liku hidup percaya ia bukan selamanya, satu keputusan besar yang kita buat, boleh ubah jalan cerita hidup di kemudian hari” kongsinya.

Shila pernah berharap dipertemukan jodoh lebih awal bersama Ubai.

Untuk rekod, Shila berkahwin dengan Ubai pada 5 0gos 2023 dan penyanyi itu baru sahaja bersalin anak perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*