Aliff Aziz Ucap Selamat Hari Jadi Kepada Ruhainies & Mohon Maaf Atas Apa Yang Berlaku – “Semoga Allah Balas Kebaikan Awak”

Biarpun nama kedua-duanya masih hangat diperkatakan di media sosial, Aliff Aziz kelihatan memberi ucapan selamat hari lahir kepada aktres, Ruhainies di Instagram Storynya.

Semoga sentiasa bahagia

Dapat dilihat dalam ucapan tersebut, Aliff menitip doa buat rakan baiknya serta sentiasa dikurniakan kebahagiaan dalam hidup.

Bahkan, aktor itu turut memuat naik foto mereka berdua yang dipercayai diambil ketika pengambaran sebuah drama bersama yang berjudul Terjerat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝐀𝐥𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐳𝐢𝐳 ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

Minta maaf atas ujian yang dilalui Ruhainies

Dalam pada masa yang sama, Aliff juga memohon maaf kepada Ruhainies atas segala ujian yang dilalui sejak kebelakangan ini susulan isu ditangkap khalwat.

ucapan birthday aliff ke ruhainies

Semoga Allah membalas segala kebaikan awak. Maafkan saya dan kami semua atas kekurangan yang berlaku.

Sekadar info, Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi perhatian ramai selepas mereka ditangkap khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*