Satu video di TikTok, baru-baru ini, telah menarik perhatian ramai selepas seorang wanita diceraikan oleh suaminya ketika sedang melakukan live TikTok.
Suami lafaz cerai dalam live TikTok
Tidak tahu punca pertengkaran, si suami segera melafazkan talak satu terhadap wanita tersebut yang dipercayai merupakan isteri pertama lelaki terbabit.
Difahamkan dari penjelasan lanjut wanita tersebut, dia baru saja menjalani kehidupan bermadu dengan isteri kedua 3 bulan lalu.
@shaff.ikaa semoga yang baik² untuk semua pihak. kuat semangat selalu @wanieymustapha3 @wanieymustapha . . #wanieymustapha #hassantan #faezahsohaimi #madu #dilepaskan #ujianrumahtangga #viralvideo
♬ Mode Silence – Muet, Mode Silencieux, Calme, Chut Pour Iphone – Sonnerie Silencieux
Namun begitu, dia mengakui sepanjang menjalani kehidupan bermadu, banyak perbalahan yang tercetus di antara kedua-dua pihak hingga melibatkan perbuatan buka aib.
Tak sanggup hidup bermadu
Dalam pada itu, wanita itu turut mengakui tidak sanggup serta tidak rela untuk hidup madu, malah memang mahu si suami menceraikan dirinya.
Saya memang provoke suruh dia ceraikan saya.. Minta maaf, saya tak mampu nak bermadu. Orang tak molek, tak sesuai dengan orang molek. So saya undur diri.
Sama sekali tidak menitiskan air mata sewaktu talak dilafazkan dan mendoakan yang terbaik semoga suami serta isteri barunya itu menjalani kehidupan bahagia bersama.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok
Leave a Reply