[VIDEO] ‘Tekap Seterika Di Kem4luan Arwah, Itu Yang Saya Tak Boleh Terima’ – Ibu Zulfarhan

Ibu kepada mangsa pembunuhan tragis, Allahyarham Zulfarhan iaitu Hawa Osman meluahkan rasa kecewa terhadap enam orang pelaku yang didakwa penyebab kematian anaknya.

Perasaan seorang ibu

Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Hawa berpendapat mereka seharusnya dihukum gantung sampai mati akibat perbuatan kejam dan melampaui batas terhadap Zulfarhan.

Dalam masa yang sama, Hawa mendedahkan kematian Zulfarhan juga telah memberi impak terhadap anak-anaknya yang lain.

Saya rasa daripada dulu sepatutnya pembuli-pembuli ini dihukum gantung. 18 tahun itu tidak setimpal dengan penderitaan yang kami sekeluarga tanggung.

Adik-adiknya terganggu dari segi mental dan fizikal.

Keputusan tempoh hari membawa ketenangan kepada diri saya tapi saya mahukan mereka berenam dijatuhkan hukuman mati baru hidup saya tenang.

Perasaan seorang ibu yang melahirkan anak menyebabkan Hawa tidak boleh menerima tindakan mereka yang tergamak menekap seterika di kemaluan arwah.

Tekap seterika di kemaluan arwah, itu yang saya tak boleh terima. Dekat anggota tubuh yang lain tak apa tapi bila kemaluan..ia seolah-olah seperti nyawa seseorang.

Dalam pada itu, Hawa turut meluahkan rasa terkilan semasa melihat jenazah anaknya yang mengalami terlalu banyak kecederaan fizikal.

Dia seorang yang pembersih, kalau dia nak balik ke sana (universiti) mesti dia gunting rambut, cukur misai dan janggut.

Tapi bila meninggal, dia kelihatan tak terurus. Itu yang membuatkan saya sangat sedih.

Bila di mahkamah semalam kami dapat tahu dekat kepala dia pun ada pendarahan dan dekat mata pun lebam.

Masa saya tengok jenazah, yang saya hanya nampak hanya kesan parut luka di kening.

Ya Allah ya tuhanku, masa aku lahirkan anak aku dia dalam keadaan sempurna.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Sebelum ini, keenam-enam tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori manakala 12 lagi rakan mereka yang dipenjara tiga tahun dibenarkan untuk menggantung hukuman penjara dengan jaminan RM7,000 dikekalkan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat di UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

Dalam kejadian yang begitu menyayat hati itu, Zulfarhan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

VIDEO

@mingguanwanita

“Tekap seterika di kemaluan anak, itu saya tak boleh terima. Tempat lain walau kejam tapi oklah. Tapi situ nyawa. “Arwah seorang pembersih, balik rumah potong rambut bagai tapi masa saya tengok jenazah Allah, Ya Allah kusut masai. Hidup saya akan tenteram bila enam pelaku ini ke tali gantung. Ikuti temubual penuh bersama ibu bapa arwah Zulfarhan di YouTube Mingguan Wanita hari ini. #zulfarhan #temansetiapwanita #mingguanwanita #upnm

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: TikTok Mingguan Wanita

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*