Pensyarah UTM tambat hati Sarah Suhairi, sah bergelar isteri dengan sekali lafaz

PENYANYI Sarah Suhairi selamat bergelar isteri kepada sah bergelar isteri kepada pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Aswad Anar dengan sekali lafaz pada pukul 8:30 pagi Jumaat.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan iaitu Ahmad Khaliq Md Rasid.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

Pasangan ini bertunang pada Januari lalu.

Pengantin lelaki menyerahkan seutas gelang emas berharga RM2,486 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Manakala Sarah, 24, turut menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Majlis bertemakan rona putih itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sarah Suhairi (@sarahsuhairi)


Antara rakan artis yang hadir meraikan pasangan mempelai termasuk Naim Daniel, Afieq Shazwan, Wani Kayrie, Sissy Iman dan Shaffiq Erwin.

Bijak menutup hubungan pada umum, apa yang menarik tentang pasangan ini adalah mereka berkongsi minat yang sama aitu menunggang kuda.

Malah pengenalan mereka juga bermula di sebuah pusat equestrian pada 2020 dan bertunang pada 27 Januari lalu.

Majlis pernikahan Sarah bertemakan warna putih.

Aswad, 39, juga merupakan seorang pensarah dalam bidang equestrian.

Pada mailis itu juga, Sara melancarkan single terbaharunya beriudul With You vang turut menampilkan Aswad dalam muzik video berkenaan.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*