[VIDEO] Siti Nurhaliza Taja 20 Pasangan Suami Isteri Buat Rawatan IVF Secara Percuma

Penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan satu berita gembira menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok Yayasan Nurjiwa.

Nak taja pasangan buat IVF

@nurjiwafoundation

Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut: Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri) Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja. Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA] #YayasanNurjiwa #IVFNurjiwa #SempurnakanSebuahCinta #AlhayaFertilityCentre

♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza

Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin memaklumkan dirinya mahu menawarkan tajaan kepada 20 pasangan yang layak untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF).

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah saya ingin berkongsi satu berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan ingin mendapatkan cahaya mata.

Tambah Siti, setiap pasangan hanya perlu mengisi maklumat mereka menerusi platform yang disediakan Yayasan Nurjiwa sebelum melalui tapisan awal untuk dipilih menjadi 20 pasangan yang terakhir.

Anda boleh memohon Program IVF Nurjiwa dan hanya perlu memenuhi kriteria yang diperlukan.

Isikan maklumat anda di borang yang telah disediakan.

Selamat mencuba dan semoga impian anda menjadi kenyataan, insya-Allah.

Sekadar info, Yayasan Nurjiwa merupakan satu pertubuhan amal yang ditubuhkan Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Yasayan Nurjiwa ini telah membantu ramai golongan yang memerlukan serta turut terlibat dalam aktivit bantuan kepada lebih 10,000 rakyat Palestin setiap hari dengan menyalurkan bantuan perubatan dan makanan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: TikTok Yayasan Nurjiwa

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*