“Kerja Lagi Penting” – Lelaki Ber4ng Majikan Tak Bagi Balik Awal, Isteri Terlibat Dalam Kem4langan

Azab ek bila dapat majikan yang tak memahami masalah pekerja? Baru-baru ini ada seorang lelaki berang apabila majikannya tak benarkan untuk balik awal walaupun ada kecemasan.

Menerusi hantaran di X, seorang lelaki meluahkan rasa kesal kerana tak boleh keluar awal dari kerja sedangkan isterinya baru kemalangan.

| Dia kata “kerja lagi penting”

| Baru je maki bos sendiri sebab bos tak bagi balik awal.

Yang membuatkannya lebih marah, si isteri difahamkan sedang berada dalam bilik kecemasan untuk pembedahan.

Menjengah ruangan komen, netizen tercengang dengan tindakan majikan lelaki tersebut dan menasihatkan dia untuk mencari kerja di tempat lain.

Hmm ada jugak ye bos macam ni? Pekerja tu bukan saja-saja nak balik awal. Minta dijauhkanlah majikan macam ni. Apapun, semoga isterinya kembali sihat seperti biasa.

sumber: oh media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*