Seb4k! Ibu Bapa Zulfarhan Mer4ung, Sujud Syukur Dengan Keputusan Mahkamah

Ibubapa kepada allahyarham Zulfarhan Osman
Zulkarnain dilihat menangis dan sujud syukur di luar Mahkamah Rayuan selepas mahkamah menjatuhi hukuman gantung terhadap enam pembunuh anaknya.

Mereka dilihat meraung menahan sebak kerana
keadilan untuk allahyarham akhirnya dapat
ditegakkan selepas tujuh tahun.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Kedengaran ibu arwah, Hawa Osman meluahkan kata-kata sayu, “Keadilan terhadap anak saya kini terbela, kami bersyukur kepadaMu ya Allah”

Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap enam bekas penuntut UPNM.

Keputusan dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hadhariah bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin dalam prosiding yang berjalan lebih tiga jam.

sumber: oh! Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*