Kad sim milik suspek bvnuh Nur Farah Kartini dianalisa, pencarian bahan bukti di kebun ubi

PASUKAN polis sedang menganalisa kad sim yang dipercayai digunakan suspek kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Iris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Perkara tersebut disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus selepas menemukan bahan bukti tersebut

“Ya. Polis sudah menemukan kad sim milik suspek untuk proses analisa,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, polis turut menjalankan proses saman ke atas kereta jenis Toyota Vios milik suspek selepas pulang dari pencarian bahan bukti di sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak, pada Sabtu.

Tambah beliau, kebun ubi tersebut bukanlah milik suspek sebaliknya hanya mengusahakan sebagai kerja sambilan.

Untuk rekod, beg tangan dipercayai milik arwah Nur Farah Kartini ditemi di lokasi kedua pencarian bahan bukti Kampung Batu 4, Trolak, Perak pada Rabu.

Terdahulu, Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM pada Rabu menemui sebuah telefon pintar dipercayai milik mangsa, di kawasan parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Pasukan penyelam membuat penemuan itu selepas pencarian selama hampir seam. Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu sebelum mayatnya ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor, pada Isnin.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun dan merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal direman sehingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*