TAWAR menawar atau runding harga sering dianggap kemahiran yang wajib dimiliki oleh sesiapa sahaja kerana dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan.
Menerusi hantaran tular, seorang peniaga durian di Pak Ben Fruit Melaka berkongsi pengalamannya ketika berdepan pelanggan yang gemar minta diskaun.
Menurutnya, pada hari kejadian, gerainya didatangi sebuah keluarga yang menaiki kenderaan mewah tetapi mahukan durian vang murah.
“Mereka datang beli buah D101 naik kereta baru-baru, besar-besar tapi cari buah yang murah. Jadi abang saya offer buah semalam yang ada baki dalam setengah bakul dengan harga murah.
Harga dipamerkan untuk setiap jenis durian yang dijual.
“Malangnya apabila sudah dikira murah per kilogram dan ditimbang… tiga biji berharga RM145 dan dengan lantang si anak cakap RM100 je bang,” luahnya berkongsi pengalaman.
Bercerita lanjut, ujarnya, pengurangan harga tersebut bukan sahaja mengganggu kos pembayaran gaji malah menyebabkan peniaga perlu menambah duit sendiri.
“Untuk pengetahuan, tiga biji jual pada akak pun belum tentu ada gaji RM40 lagi, akak potong duit kami RM45… saya kena menambah lagi RM5 atau RM6 duit saya,” jelasnya.
Permintaan diskaun yang tidak mask akal itu membuatkan abangnya menyindir dengan cara membuat ‘tawaran’ durian akan diberi percuma, mengambil konsep ‘alang-alang dah rugi’.
Namun tanpa disangka, salah seorang daripada mereka seolah-olah tidak memahami sindiran, sebaliknya gembira apabila mendengar perkataan ‘percuma’.
“Abang saya perli, ‘baik saya bagi (percuma) je kalau minta kurang macam tu’. Elok pula seluar pink tu buat-buat terperanjat dan terima buah… betul ke ni free betul ke,” luahnya lagi.
Malah katanya, keluarga tersebut seolah-olah tidak memahami meskipun abangnya sekali lagi menyatakan ‘alang-alang nak rugi, lebih baik rugi sekali je’.
Ketika dihubungi, dia yang ingin dikenali sebagai Azman Badri mengakui pelawaan tersebut berbaur sindiran kerana pelanggan meminta harga yang tidak sewajarnya.
“Memang kita perli masa tu, tapi pelawaan tu hanya sekali sekadar sindiran untuk dia yang minta harga sedemikian. Bukannya berkali-kali dan dia dengan bersahaja mengiyakan serta ambil.
“Dia ambil secara percuma,” katanya yang telah berniaga buah-buahan sejak kecil kerana mewarisi bisnes bapanya.
Menurut lelaki berusia 29 tahun ini, kebiasaannya pelanggan yang ada ‘common sense’ tidak akan mengambil secara percuma walau ditawarkan dan akan terus membayar harga yang dinyatakan.
Antara reaksi netizen di videonya.
Justeru, dia mengakui terkejut apabila pelanggan tersebut dengan bersahaja menerima ‘pelawaan’ abangnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyatakan golongan T20 gear meminta diskaun dan kedekut.
“Yang selalu minta diskaun tu T20, kalau B40 ada duit baru datang beli, tak ada duit dia duduk diam.
“Baru terjadi depan mata saya semasa beli burger, ada pelanggan turun Vellfire beli burger daging dua biji RM6 minta kurang RM1. Terkejut peniaga, tapi bagi juga RM5.
“Orang yang kaya-kaya ni lagi kedekut, sebab tu mereka kaya raya,” ujar beberapa warga maya.
sumber:mstar
Leave a Reply