Wartawan rasa tiupan angin ketika telefon Nur Farah Kartini ditemui – “Selalunya tanda terima kasih”

Seorang wartawan daripada stesesn TV3 berkongsi pengalaman selepas telefon Nur Farah Kartini Abdullah ditemui pada Rabu yang mana dia merasakan angin dan menganggap ia merupakan ucapan terima kasih daripada Almarhumah.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Iffah Nurdini telah memuat naik tangkap layar dari siaran langsung wartawan stesen TV3 yang dikenali sebagai Fareez Azmann.

Telefon Nur Farah Kartini ditemui

@iffahnurdini_

Pengalaman abang wartawan semasa phone arwah Nur Farah Kartini dijumpai. #justicefornurfarahkartini

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Menurut Fareez, dia bersama beberapa wartawan lain yang berada di lokasi kejadian sedang menunggu penemuan telefon pintar dipercayai milik arwah daripada Unit Sub Akuatik Forensik IPK Selangor.

Katanya, pada pukul 12.21, salah seorang anggota Unit Sub Akuatik Forensik IPK Selangor telah menemui telefon pintar berkenaan lalu memaklumkan kepada anggota lain.

“Cerita dia macam ni. Pada pukul 12.21, telefon pintar ini ditemui dan anggota ini dia jerit ‘telefon’, ‘telefon, ‘telefon’. Kami pun gelabah dan mula ambil gambar,” katanya.

Simbol terima kasih, wartawan rasa angin selepas telefon Nur Farah Kartini dijumpai

telefon Nur Farah Kartini

Dalam pada itu, ketika sedang mengambil gambar kejadian, tiba-tiba Fareez bersama wartawan lain merasakan seperti ada tiupan angin dari belakang mereka.

“Sambil ambil gambar tu, angin lalu. Tempat tu takde angin tau. Sambil ambil gambar, angin berlalu. Memang rasa sedap, sejuk.
“Lepastu kawan di belakang cakap, bestnya angin macam ni. Sebab kita duduk bawah pokok, takde angin. Saya pun setuju la,” ujarnya.

Fareez dan rakan wartawan yang lain tidak menghiraukan perkara tersebut sehinggalah salah seorang daripada individu yang turut berada di lokasi berkenaan mengatakan itu mungkin tanda terima kasih daripada arwah.

Wartawan rasa angin ketika telefon Nur Farah Kartini ditemui

“Kita buat bodoh jelah, sampailah ada salah seorang tu saya jumpa dekat kawasan tu dia cakap, ‘tadi korang rasa angin tak’. Lepastu saya kata ada lepas jumpa telefon tu.
“Lepastu dia bisik la dia cakap ‘selalunya macam tu adalah tanda terima kasih daripada arwah’, dia cakap macam tu. Ini apa yang saya dengar la.
“Sebab sebelum ni pengalaman dia macam tu juga. Bila sesuatu bahan-bahan yang penting untuk membantu kes itu selesai dan sebagainya, begitulah yang berlaku,” kongsinya.

Sebaik mendengar jawapan daripada individu berkenaan, Fareez mula termenung kerana selama bertugas sebagai wartawan di lokasi, dia tidak pernah mengalami kejadian seperti itu.

“Saya pun termenung, sebab saya tak pernah berdepan dengan benda macam ni. Saya pernah pergi kawasan pembunuhan, kawasan orang cari barang kes dan sebagainya.
“Tapi tak pernah merasa angin yang macam itu. Mungkin ia simbol terima kasih sebab kita tahu anggota melakukan yang terbaik untuk memberikan keadilan kepada arwah,” luahnya.

Terdahulu, Nur Farah Kartini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak pada Rabu lalu.

Arwah didakwa menaiki sebuah kereta berwarna merah yang tidak dikenalpasti model dan nombor pendaftarannya berikutan hujan pada ketika itu.

Mayat Nur Farah Kartini kemudian ditemui di FELDA Gedangsa, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang pada Isnin dan wanita itu dipercayai dibunuh individu yang dikenali.

Foto: Astro Awani

Seorang pegawai polis telah ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat Nur Farah Kartini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan memaklumkan suspek merupakan teman lelaki mangsa namun rakan-rakan mangsa menafikan arwah mempunyai kekasih.

Buat masa sekarang, suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: TikTok Iffah Nurdini

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*