Majlis tunang meriah dan mewah, pramugari cantik bakal jadi isteri Mas Khan

DALAM diam pelakon Mas Khan selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya laitu Anatasha Diana, 27, pada Sabtu lalu.

Dihadiri ahli keluarga dan teman rapat, majlis di sebuah restoran di Kuala Lumpur itu dilihat berlangsung meriah dan mewah.

Kata Mas Khan atau Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 30, segala persiapan majlis diuruskan oleh bakal isterinya itu.

Majlis tunang Mas Khan dan Anatasha berlangsung meriah.

“Saya pun tak sangka majlis kami meriah begitu. Saya tak tahu berapa bajet sebab semuannya diuruskan Ana.

“Majlis pertunangan biasanya dilakukan pihak perempuan tapi saya juga ada memberi bantuan kewangan.

“Dia uruskan majlis dengan baik dan sebab itu saya tahu Ana adalah pilihan tepat,” katanya.

Berkongsi tentang hubungan mereka, Mas Khan memberitahu dia mula mengenali Ana sejak lima bulan lalu.

Tidak pernah bercerita tentang tempoh bercinta, bagi Mas Khan dia enggan ada pihak lain masuk campur atau bercakap buruk tentang hubungan mereka.

“Daripada pengalaman hubungan lalu saya ambil pengajaran untuk tidak terlalu berkongsi. Takut nanti ada orang yang cuba ‘cucuk’ cakap bukan-bukan.

Dia seorang yang penyayang dan bekerjaya. Anatahsa juga seorang yang berdikari dan tidak terlalu bergantung harap pada lelaki

MAS KHAN

PELAKON

“Ada sahaja akaun palsu yang bercakap perkara tidak benar atau bangkitkan kisah lama saya.

“Saya tidak mahu dia menjadi sasaran di sosial media. Jadi sebab itu saya tidak berkongsi kisah percintaan kami. Biarlah bercinta diam-diam supaya tiada orang kacau,” ujarnya.

Anatasha juga kata Mas Khan merupakan seorang pramugari yang sudah berkhidmat dengan sebuah syarikat penerbangan selama sembilan tahun.

Tempoh perkenalan singkat bukan alasan buat Mas Khan pilih Anatasha untuk dijadikan isteri.

Mereka merancang untuk bernikah pada 25 Mei tahun hadapan.

Pernah melalui fasa putus tunang sebelum ini, Mas Khan juga memberitahu dia tidak menutup pintu hatinya untuk mengenali rapat wanita lain sehinggalah bertemu Anatasha.

Persefahaman antara mereka dan sifat wanita itu yang pandai berdikari membuatkan Mas Khan yakin Anatasha adalah pilihan tepat baginya.

“Selepas putus tunang sebelum ini saya tidak pernah buka ruang untuk kenal mana-mana wanita. Kalau ada sekalipun saya akan letakkan batasan.

“Tetapi dengan dia saya terbuka hati. Kami mula kenal sebab dia juga merupakan guru yang mengajar saya kelas menyelam lima bulan lalu.

“Kami banyak kongsi cerita dan masalah bersama. Dia seorang yang penyayang dan bekerjaya. Anatahsa juga seorang yang berdikari dan tidak terlalu bergantung harap pada lelaki,” ceritanya.

sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*