Polis Temui Telefon Dipercayai Milik Nur Farah Kartini, Suspek Buat Pengecaman

Susulan kes pembunuhan seorang wanita Nur Farah Kartini, pasukan Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik PDRM telah menemui telefon pintar dipercayai milik mangsa.

Bukti ditemui

Telefon tersebut ditemui sebentar tadi kira-kira jam 12.21 tengahari di dalam tadi di dalam tali air di jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Difahamkan pihak berkuasa mengambil masa sejam berada di dalam tali air tersebut untuk memperoleh bahan bukti berkenaan.

Dalam pada itu, suspek kes pembunuhan wanita berasal dari Sarawak itu telah dibawa keluar daripada sebuah kenderaan polis untuk pengecaman telefon pintar tersebut.

Unit Forensik bersama-sama anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu juga turut membantu bagi meneruskan operasi pencarian bahan bukti yang bermula sejak jam 10 pagi tadi di sekitar lokasi kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan difahamkan akan tiba di lokasi dalam masa terdekat untuk mengadakan sidang media.

Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang Isnin selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga penjawat awam berusia 26 tahun yang reman semalam di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada Rabu lalu jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :: Buletin TV3

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*