9.1 Juta V4ksin Cov1d-19 Terpaksa Dilupuskan, Kerajaan Tanggung Kerugian RM185 Juta

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sebanyak 9.1 juta vaksin Covid-19 pelbagai jenama terpaksa dilupuskan disebabkan beberapa faktor antaranya adalah logistik dan penyimpanan stok. 

Katanya, pelupusan berskala besar itu dilaporkan menyebabkan kerugian sebanyak RM185 juta, setakat 11 Jun lalu.

vaksin astrazeneca

Sejak program imunisasi Covid-19 bermula pada 24 Februari 2021, kerajaan telah menerima sebanyak 84.5 juta dos vaksin sama ada melalui perolehan atau sumbangan.

Atas persoalan berapa kerugian, saya tidak bermaksud negatif terhadap menteri-menteri terdahulu sebelum saya.

Bagi menteri-menteri terdahulu sebelum saya, mereka tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan dengan itu saya memahami kalau ada kelebihan ia terkait dengan persaingan untuk mendapatkan vaksin itu adalah sangat sengit.

datuk seri dr dzulkefly

Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat itu juga, beliau memaklumkan bahawa kerajaan telah menerima sebanyak 26 laporan daripada sejuta membabitkan kesan sampingan serius akibat vaksin Covid-19, termasuklah kemasukan ke dalam wad atau kes yang membahayakan nyawa.

Ujarnya, kerajaan ambil maklum tentang laporan tersebut dan berkata pemantauan secara berterusan akan dibuat oleh Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA).

Setiap satu kematian itu kita akan susuli dengan forensik bagi mengenal pasti terkait sebab musabab akan kes serius itu yang sentiasa diambil tanggungjawab.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*