Alif Teega tenang di mahkamah, mohon orang ramai doakan dia dan isteri

KETIKA namanya kecoh diperkatakan berhubung isu penyelewengan kutipan derma, pempengaruh media sosial Alif Teega meminta orang ramai mendoakan dia dan isteri, Aisyah Hijanah yang dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk proses permohonan reman pada pagi Khamis.

Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, yang kelihatan tenang turut memberitahu dia dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah sihat, doakan yang baik-baik ya,” katanya.

Aliff sempat beramah mesra dengan pengamal media ketika di bawa ke mahkamah.

Alif berkongsi perkara itu ketika menyapa petugas media sewaktu keluar sebentar dari dewan mahkamah untuk ke tandas diringi pihak penguatkuasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum itu, Alif dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, kelihatan di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi bersama pihak SPRM bagi proses mendapatkan permohonan reman bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap mereka.

Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Alif dan Aisyah susulan dakwaan is penyelewengan kutipan Derma.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan susulan dakwaan kutipan derma melebihi jutaan ringgit itu tidak disalurkan secara betul.

Pasangan tersebut sebelum ini tular di media sosial gara-gara terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma, namun tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Sebelum ini, Aisyah menyangkal tuduhan seleweng wang derma orang awam dan meluahkan hasrat mahu mengheret pemfitnah ke mahkamah.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*