Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil mendoakan agar urusan anak lelakinya dipermudahkan untuk meneruskan kehidupannya.
Teruskan hidup
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Hafiza menyatakan rasa syukur terhadap Aliff yang tidak pernah berniat jahat terhadap sesiapa meskipun menerima banyak kecaman.
Masyaallah Alhamdulillah Tabarakallah. Semoga Allah memberkati kamu dengan kemudahan anakku, Aliff Aziz.
Tiada manusia yang sempurna termasuk kamu. Walaupun banyak membuat kesilapan, kamu tidak pernah ada niat tak baik kepada sesiapa, syukur.
Di dalam video tersebut, Aliff menyanyikan lagu Dawai dengan penuh emosi dan Hafiza berpesan agar penyanyi itu memberi fokus dalam bidang nyanyian.
Teruskan hidup dan buat perkara yang kamu suka sejak kecil iaitu minat dalam nyanyian. Jangan pandang belakang lagi sebaliknya terus kedepan dengan rahmat Allah. Aamiin Allahumma Aamiin.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply