Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op UKUR di Limbang pada 18 Jun Lepas ditemui selamat pada 6 Julai lalu.
Syafiq yang ditemui berkata dia menyangka dirinya hanya hilang selama dua hari sedangkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengambil masa hampir 3 minggu untuk menemuinya.
Kenyataan Syafiq itu dimaklumkan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan di mana Syafiq berkata demikian ketika ditemu ramah.
View this post on Instagram
Ujar Tan Sri, Syafiq juga berusaha untuk menjejaki kembali pasukannya namun gagal dan perlu bertahan sendiri.
Dalam tempoh lebih kurang dua hari, dia cuba menyusuri sungai-sungai dan tanda-tanda yang ada untuk kembali kepada pasukan.
Pada hari kita jumpa itu, dia nampak khemah JUPEM dan soalan pertama dia adalah ‘ini askar Brunei ke’ sebab dia takut mungkin telah sesat ke Brunei.
Beliau juga tidak menafikan kehilangan Syafiq mempunyai kaitan dengan perkara mistik.
Selepas lebih dua minggu, anggota Tentera Darat, Prebet Muhammad Shafiq Hilmi Abd Halim yang hilang semasa melaksanakan operasi ukur di Limbang, Sarawak ditemui selamat pada Sabtu. #AWANInews
Realitinya, kita tidak boleh menafikan perkara mistik walau macam mana canggih kita dalam teknologi, mistik sentiasa ada cuma sukar untuk kita buktikan.
Sebab itu dalam pencarian, kita juga menggunakan cara tradisional iaitu bantuan daripada ustaz dan pengamal perubatan setempat yang mungkin lebih faham dengan keadaan situ. Penduduk tempatan juga membantu dan mereka tahu kawasan tersebut agak keras.
Maklum beliau lagi, keadaan fizikal, mental dan rohani Muhammad Syafiq kini dalam keadaan stabil dan normal.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply