Penyanyi, Datin Alyah kini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya selepas tiba dari Tanah Suci Makkah pada Khamis lalu.
Batuk 2 minggu berpanjangan
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hassan memaklumkan dia yang dijadualkan pulang ke tanah air pada 17 Julai mengambil keputusan untuk pulang lebih awal.
Menurut Alyah, keputusan itu dibuat selepas dirinya mengalami gejala batuk berpanjangan selama dua minggu.
Ujar Alyah, batuk berpanjangan itu menjejaskan kesihatannya sehingga membuatkan rusuk kirinya terasa seperti mencucuk setiap kali batuk.
Batuk saya tak hilang-hilang hampir dua minggu dan setiap kali batuk, rusuk kiri saya macam mencucuk.
Saya buat keputusan balik ke Malaysia pada 4 Julai, sepatutnya (balik) 17 Julai.
Doktor bagi ubat untuk saya tahan sakit semasa dalam ‘flight’. Sampai Malaysia, saya perlu buat ‘detail check up’.
Sementara itu, pelantun lagu ‘Tak Mungkin Kerna Sayang’ ini juga menitipkan doa daripada orang ramai agar diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sedia kala.
Sekadar info, Alyah telah menarik diri dari menyertai sebuah program nyanyian terbitan stesen televisyen swasta dan telah berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji pada 12 Jun lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram Alyah
Leave a Reply