Penjual nasi lemak mar4h ada orang minta bantu bayarkan bil elektrik! Diri sendiri pun sus4h, untung bukan juta-juta

MEMBERI bantuan kepada golongan susah dan memerlukan sangat digalakkan untuk mereka yang berkemampuan.

Namun amat menjengkelkan sekiranya ada dalam kalangan mereka bersikap suka meminta-minta atau mengambil kesempatan ke atas pemberi bantuan yang baik hati.

Peniaga nasi lemak, Muhammad Ridzuan berang dengan sikap seorang individu yang cuba meminta bantuan kewangan daripadanya.

“Orang mesej saya minta tolong saya bayarkan bil elektrik rumah dia RM200 lebih. Takut kena potong nanti.

Peniaga nasi lemak RM2 hanya mendapat keuntungan kecil daripada hasil jualan. -Gambar hiasan

“Ingat jual nasi lemak untung sen-sen tu kaya ke apa nak minta tolong saya. Punya la susah saya cari duit, dapat pula untung beberapa sen, eh kau datang minta tolong saya pula.

“Saya bukan jual produk untung banyak. Untung saya bukan berjuta-juta,” ujarnya yang membuat luahan perasaan dan menjelaskan tentang status kewangannya di Facebook.

Menurut Ridzuan yang menetap di Terengganu, dia sendiri ‘bergelut’ untuk membayar tunggakan bil elektrik rumahnya.

Berdasarkan foto bil elektrik bertarikh 19 Jun 2024 yang dikongsi, terdapat tunggakan berjumlah RM142.25 yang perlu dijelaskan secepat mungkin.

Malah, terdapat notis tertera pada bil meminta dia membuat pembayaran segera dalam tempoh satu bulan bagi mengelakkan pemotongan elektrik.

“Bil elektrik rumah sewa saya pun tertunggak, tadi datang dah kakitangan Tenaga Nasional Berhad bagi bil baharu. Ni pun mungkin tertunggak lagi.

“Tengok oranglah nak minta tolong pun. Kan tak logik minta tolong penjual nasi lemak RM2 untuk langsaikan bil rumah kau tu.

“Cari la orang kaya, bukan cari orang miskin macam saya untuk minta tolong. Haa tu kau tengok bil lektrik rumah sewa aku berapa. RM142.25 belum selesai dibayar!” ujarnya.

Mungkin ni salah satu Allah nak bagi ganjaran dekat awak kalau bantu.

NETIZEN

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi dan persepsi warga maya.

Di ruangan komen tersebut, seorang netizen berkongsi kisah individu yang tidak suka meminta bantuan daripada golongan kurang berada berbanding orang kaya.

“Kenapa orang yang suka meminta-minta ini malu nak minta dengan orang kaya. Bahkan nak pergi rumah orang kaya pun malu walaupun diajak tapi rileks je minta dengan orang yang kurang (berada) macam dia.

“Siap buat muka tak malu lagi pergi minta benda-benda keperluan asas macam beras, minyak, gula dan garam setiap hari. Ada yang minta kita bagi dia jenama mahal bila kita rasa nak bagi.

Komen netizen.

“Siap mengadu tak biasa guna yang murah,” ujar netizen berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat netizen lain yang cuba memahami situasi individu berkenaan dan berfikiran positif terhadapnya.

“Allahuakbar, mungkin sangat-sangat terdesak tu. Mungkin ni salah satu Allah nak bagi ganjaran dekat awak kalau bantu.

“Mana tahu bertambah laris jualan nasi lemak awak tu kan? Yakin rezeki bukan dari kita, Allah yang bagi. Semoga Allah mudahkan urusan awak dan insan yang mohon bantuan tu,” komen seorang lagi netizen.

Ridzuan nampakya kurang setuju dengan pendapat netizen tersebut dan membalas komennya.

“Pasak dalam hati bahawa anak bini first berbanding orang luar… ni kalau saya bayar dia punya (bil) kami anak bini bergelap bil kena potong.

“Setakat berbual semua orang boleh kak. Selit sikit nama Allah, insyaAllah itu, ini.

“Cuba akak tolong bayar bil saya kak mana tahu rezeki akak mencurah-curah lepas ni. Saya sama, masih terdesak,” jawabnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*