“Ni bukan anak bin4tang” – Bapa tengk1ng guru, angkuh beritahu rambut panjang tak masuk ner4ka

KECOH di media sosial seorang bapa didakwa mengamuk gara-gara seorang guru menggunting rambut anak lelakinya tanpa kebenaran.

Difahamkan, kejadian di sekolah itu berlaku selepas pelajar tersebut dikatakan melanggar peraturan kerana berambut panjang.

“Yang kau (guru) usik ni bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham!” soalnya dengan meninggikan suara.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut kelihatan si bapa mempersoalkan tindakan guru menggunting rambut anakya.

Malah bapa berkenaan dengan angkuh mengaitkannya dengan hukuman di neraka.

“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu? Kau tahu tak?

“Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau,” katanya.

Bapa berkenaan mempersoalkan tindakan guru menggunting rambut anaknya.

Menerusi rakaman berdurasi 1 minit dan 22 saat itu, kelihatan bapa pelajar berkenaan memarahi guru tersebut di hadapan beberapa individu dengan nada suara tinggi.

Video tular sejak Isnin itu membangkitkan kemarahan netizen yang menyifatkan bapa tersebut terlalu memanjakan anak sendiri tanpa memikirkan kebaikan.

“Gila bapa macam ni. Nanti anak besar sejenis tak boleh disentuh.

“Mak ayah sekarang cepat sensitif. Itu yang (anak) jadi generasi manja.

“Ni jenis mak ayah je betul. Ni silap-silap kalau cikgu beritahu perangai anak dia kat sekolah macam mana, memang cikgu tu kena maki je. Tak boleh terima teguran,” demikian antara komen netizen.

Sementara itu, pendakwah bebas yang dikenali sebagai Furgan Fawwaz kesal dengan tindakan bapa pelajar itu yang mengherdik guru tersebut disebabkan anakya sendiri melanggar peraturan di sekolah.

Malah katanya, guru seharusya dihormati kerana mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna dan berdisiplin.

“Layak ke seorang guru yang bergaji kecil dan tak pernah mengharap habuan dunia dilayan begini?

Yang mereka jaga adalah anak kita, kita tak mampu jaga anak kita disebabkan kekangan masa kita bekerja dan sebagainya.

“Jadi, apa salahnya guru dihormati dek kerana kesudian mereka memilih tugas mulia ini.

Menghormati guru adalah tuntutan agama jadi kalau guru ada salah tegur sehalus mungkin, bukan aibkan guru begini, entahlah.

“Semakin bertambah hormat saya pada seluruh guru di dunia ini, dah kena macam ni pun masih mampu bersabar,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*