Hafiz Mahamad Rugi RM16k Terlepas ‘Flight’ Balik KL, Beg Berisi Wang RM10k Nyaris Dicvri Di London

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad berkongsi kisah dia terlepas penerbangan semasa mahu pulang ke Malaysia dari London, baru-baru ini.

Rugi RM16,000 duit tiket

Menurut Hafiz, dia terlepas penerbangan dari London ke Malaysia kerana pemandu e-hailing tersalah hantar mereka di terminal yang sepatutnya. Berikutan daripada itu, dia mengalami kerugian sebayak RM16,000.

Hari terakhir saya dekat London hari itu, saya dan Aina terlepas penerbangan. Makan modal RM16 ribu juga. Ceritanya mak saya kirim beg. Saya rasa bersalah kalau tak beli. Jadi, saya dan Aina pergi beli sebab ada masa lagi nak sampai lapangan terbang.

Nak dijadikan cerita selepas itu, kami dihantar ke salah terminal. Kami sampai lewat lima minit dan pintu sudah ditutup. Saya rasa ada hikmah. Mungkin ada rezeki lain selepas ini sebab saya beli barang mak.

Tambah Hafiz, dia juga berdepan detik cemas apabila begnya nyaris dicuri di sebuah restoran di London.

Dua hari sebelum balik Malaysia, beg saya hampir kena curi. Orang itu dah ambil dah. Saya dekat kedai makan. Semua orang tahu London terkenal dengan penyeluk saku dan curi barang. Saya suruh staf hantar barang dekat dalam. Sekali betul orang itu dah ambil beg saya dekat dalam.

Beg itu ada di bawah kaki saya. Dia sempat ambil. Staf saya nampak dan pegang dia. Saya ambil beg itu semula dan letak dalam kedai. Dalam beg itu ada RM10 ribu ringgit dan lens kamera. Orang dekat sana memang hebat bab ini.

Di akhir perkongsian di Instagram Story, Hafiz menganggap apa yang berlaku terhadapnya itu mempunyai hikmah dan mungkin ada rezeki lain yang bakal tiba.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Hafiz Mahamad

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*