Datuk Red ‘standby’ 2 bekas isteri ajak rujuk, teruskan hidup kalau mereka jumpa jodoh lain

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu dalam keadaan standby sekiranya dua bekas isterinya iaitu Sharifah Nur Shafila dan Adira Suhaimi ingin kembali ke pangkuannya.

Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, berkata, dia akan kekal menduda selagi dua bekas isterinya itu tidak bertemu jodoh dengan lelaki lain.

“Selagi janda-janda saya tidak berkahwin, selagi itu juga saya tak akan kahwin. Maknanya saya dalam mode standby.

Datuk Red dan Sharifah bercerai pada 14 Mei lalu.

“Saya sentiasa menunggu tawaran mereka tetapi kalau mereka berkahwin lain, nak buat apa lagi?” katanya.

Adnan memberitahu perkara itu sebagai menjawab pertanyaan pengikutnya di media sosial ketika muncul dalam video siaran langsung mempromosikan produk jualannya.

Dalam pada itu, Adnan memberitahu niat untuk kembali berkahwin juga bukan semata-mata kerana nafsu sebaliknya lebih memikirkan tentang kehidupan di hari tua kelak.

“Saya ini fikir nak kahwin sebab untuk hidup, sakit dan pening di hari tua nanti.

“Takkan saya mahu menyusahkan anak-anak atau adik-beradik. Nak kahwin bukan lagi kerana nafsu,” jelasnya.

Adnan melafazkan cerai terhadap Adira, 33, yang merupakan isteri keduanya pada 23 April lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Hubungan Adan dan Adira mash baik walaupun tiada lagi ikatan suami isteri.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggerek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, 2 tahun.

Sementara itu Adnan juga melafazkan talak satu terhadap Sharifah, 38, pada 14 Mei lalu dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Adnan juga mempunyai dua orang anak lain hasil perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga bersama Sharifah.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*