“Semua Yang Berlaku Ada Hikmah” – Bekas Suami Irma Hasmie Papar Foto Bahagia Bersama Isteri Baru & Anak-Anak

Sebelum ini, kecoh berita mengenai pelakon Irma Hasmie dan bekas suami, Redza Syah bercerai talak satu dan tular beberapa foto memaparkan lelaki tersebut di atas pelamin bersama isteri baru.

Gembira bersama isteri baru dan anak-anak

Terbaru, melalui laman Instagram Redza, dia meluahkan rasa gembira dapat meluangkan masa bersama dua cahaya mata, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie serta isteri tercinta.

Dalam hantaran itu, Redza mengucapkan terima kasih buat dua orang anak serta isteri, Fiza kerana menjadi sumber kekuatan untuk dirinya.

Semua yang berlaku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, insya-Allah.

Bercuti bersama-sama

Malah, dapat dilihat dalam hantaran tersebut lelaki itu berkongsikan beberapa foto bersama keluarga meluahkan masa bersama dengan bercuti dan berkelah.

Sebelum ini, Redza dan Irma pernah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2012 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Tetapi mereka disahkan sudah berpisah sejak Oktober tahun lalu.

Redza kemudiannya memaklumkan dirinya menamatkan zaman duda dengan mengahwini Fiza pada April lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*