“Ibu Saya Gal4k Difitn4h Dan Dic3rca” – Hafidz Roshdi Beri Am4ran, Minta Individu Padam Fitn4h Terhadap Ibu

Pelakon Hafidz Roshdi meluahkan rasa kesal apabila ibunya, Haniza Mohd Jabar menjadi mangsa fitnah di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Hafidz berkata dia terpaksa bertindak apabila ibunya difitnah secara bertubi-tubi oleh sesetengah pihak.

Sumber: Instagram

Saya terkilan dengan apa yang terjadi dan menjadi kewajipan untuk saya tepis semua tuduhan dan fitnah yang jelas telah dilemparkan kepada Bonda saya yang tersayang.

Saya selalu memilih untuk berdiam diri dan bersabar selama ini tapi bila ibu disentuh, saya perlu bertindak!

Dia juga meminta individu yang dikenali sebagai Keturunan Oyen untuk berhenti menyebar fitnah ke atas ibunya dan dia juga telah membawa perkara itu kepada pihak berkuasa.

Sumber: Instagram

Kepada pihak yang menaikan posting di blog dan semua media sosial, sila turunkan artikel yang mengandungi gambar ibu saya berkaitan dengan isu ini dalam tempoh 24 jam.

Hafidz juga sempat menitipkan rasa sayang terhadap anak-anaknya, Humairah dan Umar.

Sumber: Instagram

Kepada anak-anak abah, Humairah dan Umar, walaupun kita berjauhan, Abah sedang usahakan yang terbaik untuk kita. Humairah dan Umar sentiasa di hati Abah. Doa Abah untuk anak-anak kesayangan Abah sentiasa akan titipkan.

Terdahulu, bekas isteri Hafidz mendedahkan bahawa ibu pelakon itu telah mengata mengenai perihal dirinya kepada orang terdekat menerusi satu tangkap layar perbualan yang diterimanya dari orang terdekat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*