[VIDEO] Peminat Tumpang Gembira Impian Siti Nurhaliza Beli Kereta Mewah Range Rover Tercapai – ‘Ini Rezeki Anak-Anak Saya’

Penyanyi hebat, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira apabila berjaya memilik kereta idamannya menerusi video di Instagram (IG).

‘Rezeki anak-anak saya’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Menerusi hantaran tersebut, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin dilihat memuat naik video dirinya menaiki dan memandu kenderaan mewah jenis Range Rover berwarna hitam itu bersama dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Di ruangan kapsyen, pelantun lagu ‘Bicara Manis Menghiris Kalbu’ ini meluahkan rasa syukur apabila kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil sehingga berjaya untuk memiliki kereta mewah tersebut.

Alhamdullillah impian saya untuk memiliki Range Rover terbaharu jadi kenyataan dengan usaha.

Ini rezeki anak-anak saya.

Hantaran tersebut telah meraih perhatian peminat yang rata-ratanya tumpang gembira dengan kejayaan penyanyi nombor satu negara itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah malah, mereka turut memuji sikap Siti yang sangat bersederhana.

Komen netizen

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*