Rita Rudaini Berkurung Tiga Hari Dalam Bilik Ketika H4mil Anak Kedua – ‘Rayyan Datang Ambil Tuala Lap Mata Saya’

Pelakon Rita Rudaini berkongsi kisah silamnya semasa hamil anak lelaki kedua iaitu Airit Qada Arjuna.

Tiga hari berkurung dalam bilik

Menerusi perkongsian di TikTok, Rita berkata, ketika itu dia sedang melalui fasa sukar dalam perkahwinan dengan bekas suami sehingga mengabaikan dirinya sendiri.

Masa saya mengandungkan Arjuna, saya memang tiga hari tak makan dan berkurung dalam bilik sebab terlalu kecewa tak tahu macam mana nak berdepan dengan orang kalau saya bercerai, macam mana saya nak keluar rumah.

Menurut Rita, anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin seakan memahami keadaannya pada ketika itu.

Tetapi bila anak saya Rayyan dia datang masa tu dia tengok saya menangis dan bilik saya gelapkan cuma letak bakul ada susu untuk anak saya masa tu dia tak makan lagi dia minum susu.

Lepas tu saya baring tak makan apa selama tiga hari menangis saja sampai mata bengkak, Rayyan datang dia ambil tuala lap mata saya.

Disebabkan kejadian tersebut, Rita kembali bangkit menjadi kuat demi membesarkan anak-anaknya.

Masa tu saya tersentap. Saya macam ‘aku ada anak yang perlu disuap, yang perlu diberi perhatian’ itu yang terus kuat sejak itu.

@tvs_entertainment

Jiwa seorang ibu memang luar biasa 👩🏻‍🍼🩷 Terlepas episod minggu lepas? Anda boleh saksikan siaran ulangan Anggun Rabu ini jam 8.45 pagi di TVS saluran 122 di Astro dan MyTV. #TVSEntertainment #TVS122 #TVSarawak #Anggun #RitaRudaini

♬ original sound – TVS Entertainment – TVS Entertainment

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : TikTok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*