Seperti yang sedia maklum, pelakon dan pengacara Indonesia iaitu Raffi Ahmad kini berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji bersama keluarganya.
Baru-baru ini, pelantun lagu ‘Jangan Bilang Tidak’ itu mengadakan majlis kenduri doa selamat sebelum keberangkatannya ke Tanah Suci Makkah.
Banyak buat solat taubat
Memetik laporan CNN Indonesia, Raffi yang turut menjemput pengamal media tempatan ke majlis doa selamat tersebut berkongsi persiapannnya sebelum berangkat ke bumi Makkah.
Menurut Raffi, dia menyerahkan segala persiapan kepada isterinya dan memilih untuk banyak beribadah serta bertaubat kepada Allah SWT.
Kalau nak bercakap soal persiapan, segalanya saya serahkan kepada isteri saya. Saya tak kisah dan ikhlas sebab kita ke sana nak melakukan ibadah haji.
Tetapi kalau saya pula, sepanjang seminggu sebelum berangkat ini saya banyak beristighfar dan melakukan solat taubat.
Tambah Raffi, dia berasa begitu gemuruh untuk menunaikan haji pada tahun ini memandangkan dia pernah gagal untuk berbuat demikian pada tahun yang lalu.
Saya sangat gemuruh kerana hajat untuk menunaikan haji pada tahun lalu tidak kesampaian.
Jadi tahun ini, saya berharap dan berdoa agar segalanya berjalan dengan lancar.
Sekadar info, Raffi dan keluarganya berangkat ke Makkah dengan menggunakan visa furada yang diuruskan syarikat pelancongan dan dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa membabitkan jumlah kuota yang ditetapkan mana-mana negara.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : CNN Indonesia
Leave a Reply